Hukum kalendar Kalendar_Cina

Hukum-hukum berikutnya menggariskan kalendar Cina sejak kira-kira 104 SM.

  1. Bulan-bulan dalam kalendar ini merupakan bulan qamari. Ini bermakna hari pertama setiap bulan yang bermula pada tengah malam ialah hari bulan baru secara astronomi. (Adalah diingatkan bahawa, meskipun begitu, satu "hari" dalam kalendar Cina mula pada pukul 11 malam dan bukannya 12 malam.)
  2. Setiap tahun ada 12 bulan biasa, yang diberi nombor mengikut susunan (1 hingga 12) dan juga mempunyai nama alternatif. Setiap tahun kedua atau ketiga mempunyai bulan lompat (Cina Tradisional: 閏月, Cina Ringkas: 闰月, pinyin: rùnyuè) yang muncul selepas mana-mana bulan biasa. Bulan lompat itu diberi nombor sama bulan biasa sebelumnya, namun ditempatkan secara interkalari.
  3. Setiap jiéqì dalam tahun solar Cina bersamman dengan kemasukan matahari kepada satu lambang zodiak tropika (satu tempoh atau bucu utama).
  4. Matahari sentiasa melalui solstis musim sejuk (memasuki Capricorn) pada bulan ke-11.
  5. Jika terdapat 12 bulan antara dua kejadian bulan ke-11 berturut-turut, sekurang-kurangnya satu daripada 12 bulan itu mestilah bulan penuh yang dilalui matahari yang kekal dalam lambang zodiak yang sama (tiada tempoh atau bucu utama muncul dalamnya). Jika hanya satu bulan sebegini terjadi, maka bulan tersebut dijadikan bulan lompat, jika dua bulan sebegini terjadi pula, hanya bulan pertama dijadikan bulan lompat.
  6. Waktu-waktu bulan baru astronomi dan matahari memasuki lambang zodiak baru ditentukan dalam Zon Masa Cina oleh Balai Cerap Gunung Ungu (紫金山天文台 Zǐjīnshān Tiānwéntái) di pinggir kota Nanjing menggunakan persamaan astronomi moden.

Lambang zodiak yang dimasuki matahari dalam satu-satu bulan dan longitude ekliptik tanda kemasukan itu biasanya menentukan nombor susunan bulan biasa itu. Bulan Pertama, zhēngyuè, secara harfiah bermaksud bulan utama. Bulan-bulan yang selebihnya diberi nombor susunan, iaitu bulan ke-2, bulan ke-3, dan sebagainya.

#Nama CinaLongitudLambang Zodiak
11十一月 shíyīyuè270°Capricorn
12十二月 shí'èryuè300°Aquarius
1正月 zhēngyuè330°Pisces
2二月 èryuèAries
3三月 sānyuè30°Taurus
4四月 sìyuè60°Gemini
5五月 wǔyuè90°Cancer
6六月 liùyuè120°Leo
7七月 qīyuè150°Virgo
8八月 bāyuè180°Libra
9九月 jiǔyuè210°Scorpio
10十月 shíyuè240°Sagittarius

Ada yang percaya bahawa kesamaan tersebut sebagai sentiasa benar, namun terdapat pengecualian. Misalnya, Tahun Baru Cina tidak semestinya jatuh pada bulan baru kedua selepas solstis musim sejuk, atau selepas jieqi Air Hujan. Satu pengecualian bakal terjadi pada 2033-2034, apabila solstis musim sejuk menjadi jieqi kedua dalam bulan ke-11. Bulan selepasnya ialah bulan tanpa kemasukan dan maka dijadikan bulan lompat, dan satu bulan ke-12 menyusul dengan kedua-dua jieqi Aquarius dan Pisces (dingin besar dan air hujan). Maka, Tahun Harimau bermula pada bulan baru ketiga selepas solstis musim sejuk, dan juga terjadi selepas jieqi Pisces (air hujan), pada 19 Februari.

Satu lagi peristiwa seumpamanya adalah pada tahun 1984-85, setelah matahari memasuki Capricorn pada 270° dan Aquarius pada 300° pada bulan 11, kemudiannya memasuki Pisces pada 330° pada bulan seterusnya, yang sepatutnya menyebabkan bulan itu menjadi bulan 1. Matahari tidak memasuki apa-apa bintang zodiak pada bulan selepasnya. Untuk mengekalkan solstis musim sejuk pada bulan 11, bulan yang sepatutnya bulan 1 menjadi bulan 12, dan bulan selepasnya menjadi bulan 1, menyebabkan Tahun Baru Cina jatuh pada 20 Februari 1985 selepas matahari sudah melalui Pisces pada 330° pada bulan sebelumnya, dan bukannya pada bulan yang bermula pada hari itu.

Takwim-takwim qamari Cina dan Gregorius selalu selari balik setiap 19 tahun (kitaran Metonik). Kebanyakan orang Cina mendapati bahawa hari jadi Cina dan Barat mereka sering jatuh pada hari yang sama pada hari jadi ke-19, ke-38 dan sebagainya. Namun begitu, kitaran 19 tahun dengan satu set bulan lompat tertentu hanyalah satu anggaran, jadi suatu corak bulan lompat yang hampir seiras dalam kitaran berikutnya akan berubah jua setelah suatu gandaan 19 tahun ke kitaran 19 tahun yang agak berbeza.

Zodiak Cina hanya digunakan untuk menamakan tahun dan tidak digunakan dalam penghitungan sebenar kalendar. Sebenarnya, fahaman Cina mempunyai sistem buruj yang berbeza sekali.

Kesemua 12 bulan berkait rapat dengan pertanian, maka juga dinamakan sempena tumbuhan:

  1. Primens (bulan pertama) 正月: Bahasa Latin primus mensis.
  2. Apricomens (bulan aprikot) 杏月: Pokok aprikot berbunga.
  3. Peacimens (bulan pic) 桃月: Pokok pic berbunga.
  4. Plumens (bulan plum) 梅月: Buah mei masak.
  5. Guavamens (bulan delima) 榴月: Pokok delima berbunga.
  6. Lotumens (bulan teratai) 荷月: Pokok teratai berbunga.
  7. Orchimens (bulan anggerik) 蘭月: Pokok anggerik berbunga.
  8. Osmanthumens (bulan osmanthus) 桂月: Pokok osmanthus berbunga.
  9. Chrysanthemens (bulan kekwa) 菊月: Pokok kekwa berbunga.
  10. Benimens (bulan bagus) 良月: Bulan bagus.
  11. Hiemens (bulan musim sejuk) 冬月: Bulan musim sejuk.
  12. Lamens (bulan akhir) 臘月: Bulan terakhir.

Rujukan

WikiPedia: Kalendar_Cina http://www.char4u.com/chinese-zodiac-sign.php http://www.henryfong.com/10000.htm http://www.mandarintools.com/calendar.html http://www.hko.gov.hk/contente.htm http://www.hko.gov.hk/gts/time/24solarterms.htm http://www.hko.gov.hk/gts/time/stemsandbranches.ht... http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/cal.p... http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/chine... http://www.sinica.edu.tw/~tdbproj/sinocal/luso.htm... https://archive.is/20120716085954/sunearth.gsfc.na...